Brand new Course Package released! Get 30% off your first purchase with code “KTAS Learning”. Find out more!

Apa Itu Kaunseling?​

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

Tags:

Share:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave the field below empty!

You May Also Like

Diuji dengan penyakit kanser sudah pasti akan memberikan tamparan hebat buat siapa pun yang mengalaminya. Selain berdepan dengan komplikasi fizikal,...
Setiap manusia yang melalui ujian kehidupan akan mendatangkan kekuatan diri tanpa disedari Islam memandang kesyukuran sebagai aspek penting dalam kehidupan...
Kisah kejayaan seseorang dalam mengatasi kesakitan anxiety sering kali melibatkan komponen sokongan yang teguh dari keluarga. Sokongan ini bukan hanya...
Ada masanya, kanak-kanak boleh menjadi sedih, menjengkelkan, atau berada dalam emosi yang tidak baik. Tetapi, seandainya, perasaan dan pemikiran negatif...