FAQS NAVIGATOR
Panduan Jawapan kepada Soalan Lazim
1. Bagaimana cara untuk mendaftar program atau seminar KTAS?
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web, emel, WhatsApp, atau terus hubungi pihak KTAS. Kami juga menyediakan bantuan untuk pendaftaran secara berkumpulan.
2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh KTAS?
KTAS menawarkan latihan korporat, seminar kepimpinan, pembangunan insaniah, pengurusan emosi & stres, team building, dan banyak lagi, mengikut keperluan organisasi.
3. Adakah program KTAS diiktiraf atau boleh dituntut melalui HRDF?
Ya, sebahagian besar program KTAS adalah HRDF claimable dan dikendalikan oleh tenaga pengajar bertauliah.
4. Berapa lama tempoh program/latihan biasanya dijalankan?
Kebanyakan program antara setengah hari hingga dua hari. Sesi khas atau kursus jangka panjang boleh disesuaikan mengikut permintaan.
5. Adakah KTAS hanya fokus pada latihan korporat sahaja?
Selain korporat, KTAS juga menawarkan program kepada institusi pendidikan, NGO, agensi kerajaan, dan kumpulan profesional.
6. Bagaimana untuk memohon program khas/customized?
Hubungi kami dengan keperluan organisasi anda. Kami akan cadangkan dan reka modul khas mengikut objektif dan budaya kerja organisasi anda.
7.Adakah peserta akan menerima sijil?
Ya, semua peserta akan menerima sijil penyertaan digital atau bercetak selepas tamat program.
8. Apakah minimum/maksimum peserta untuk satu program?
Minimum peserta biasanya 10 orang, maksimum bergantung pada jenis program dan lokasi. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
9. Adakah program boleh dijalankan secara online?
Ya, KTAS menyediakan pilihan latihan secara bersemuka, online, atau hybrid (gabungan kedua-dua).
10. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat terkini tentang program KTAS?
Langgan newsletter, ikuti media sosial KTAS, atau layari laman web kami untuk info dan promosi terkini.
1. Bagaimana cara membuat pembayaran?
Bayaran boleh dibuat melalui online banking (FPX), kad kredit/debit, atau pindahan bank ke akaun rasmi KTAS.
2. Adakah pembayaran boleh dibuat secara ansuran?
Pembayaran ansuran tidak boleh di buat.
3. Adakah pembayaran saya selamat?
Ya, semua transaksi pembayaran melalui laman web kami adalah selamat dan menggunakan sistem pembayaran yang dipercayai.
4. Bolehkah saya meminta invois rasmi?
Boleh, invois rasmi akan dikeluarkan selepas pendaftaran atau permintaan bayaran diterima.
5. Adakah bayaran boleh dituntut melalui HRDF?
Ya, untuk program layak HRDF, pihak organisasi boleh menuntut bayaran melalui HRDF selepas menghadiri program.
6. Bagaimana saya tahu status pembayaran saya?
Anda akan menerima pengesahan melalui emel/WhatsApp setelah pembayaran diterima. Boleh juga hubungi admin untuk semakan status.
7. Adakah terdapat caj tersembunyi?
Tiada caj tersembunyi. Semua bayaran adalah seperti tertera dalam quotation/invois yang dikeluarkan.
8. Bolehkah bayaran dibuat oleh organisasi/pihak ketiga?
Boleh, kami menerima bayaran daripada organisasi, agensi atau pihak ketiga atas nama peserta.
9. Apa perlu saya lakukan jika berlaku masalah semasa pembayaran?
Segera hubungi pihak KTAS melalui WhatsApp, telefon atau emel untuk bantuan segera.
10. Apakah yang berlaku jika saya gagal membuat pembayaran dalam tempoh ditetapkan?
Pendaftaran anda mungkin dibatalkan secara automatik. Hubungi kami jika memerlukan lanjutan masa atau ada isu pembayaran.
1. Bagaimana untuk membatalkan pendaftaran?
Maklumkan pembatalan kepada KTAS sekurang-kurangnya 5 hari sebelum program untuk pemulangan penuh
2. Bagaimana prosedur pemulangan bayaran?
Jika layak, pemulangan bayaran akan diproses dalam 7-14 hari bekerja ke akaun peserta/pihak organisasi.
3. Bolehkah menukar nama peserta selepas pendaftaran?
Ya, penukaran nama boleh dibuat sehingga 2 hari sebelum program.
4. Apa berlaku jika saya tidak hadir ke program?
Yuran tidak dipulangkan kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dimaklumkan awal. Sijil juga tidak dikeluarkan untuk ketidakhadiran tanpa makluman.
5. Bolehkah menunda penyertaan ke sesi berikutnya?
Boleh, dengan syarat dimaklumkan selewatnya 3 hari sebelum program asal.
6. Adakah terdapat sebarang polisi pemulangan jika tidak berpuas hati dengan program?
KTAS menerima maklum balas dan akan pertimbangkan pemulangan atau kredit untuk sesi lain atas dasar tertentu.
7. Bagaimana jika program dibatalkan oleh KTAS?
Bayaran akan dipulangkan penuh atau anda boleh pilih tarikh/program lain.
8. Bolehkah saya meminta resit bayaran tambahan?
Boleh, sila maklumkan kepada admin untuk resit tambahan.
9. Adakah deposit dikembalikan jika batal?
Deposit dikembalikan jika pembatalan dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan. Tertakluk pada terma.
10. Bagaimana proses sekiranya berlaku force majeure (bencana/halangan besar)?
KTAS akan berbincang secara adil dengan peserta/klien bagi penyelesaian terbaik seperti pemulangan bayaran atau penjadualan semula.
1. Bagaimana untuk mendapatkan sebut harga (quotation)?
Isi borang di laman web atau hubungi kami melalui emel/WhatsApp, sertakan maklumat program yang diinginkan.
2. Bolehkah program dijalankan di premis syarikat/agensi sendiri?
Boleh, KTAS menawarkan latihan in-house di mana-mana lokasi organisasi di seluruh Malaysia.
3. Adakah program boleh dijalankan di luar negeri?
Ya, kami bersedia menjalankan program di seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak.
4. Bolehkah dapatkan konsultasi awal sebelum memilih modul?
Boleh, sesi konsultasi percuma disediakan untuk organisasi yang mahu cadangan terbaik.
5. Bagaimana mendapatkan brosur atau proposal lengkap?
Boleh muat turun dari website atau minta melalui emel/WhatsApp.
6. Adakah program boleh dijalankan secara hybrid?
Boleh, kami ada pengalaman menganjurkan program hybrid (gabungan fizikal dan online).
7. Adakah terdapat pakej promosi untuk pendaftaran berkumpulan?
Ya, kami menawarkan harga istimewa untuk kumpulan organisasi atau pendaftaran ramai.
8. Berapa minimum/maksimum peserta untuk tempahan program?
Biasanya minimum 10 orang, maksimum bergantung pada modul dan kapasiti tempat.
9. Berapa minimum/maksimum peserta untuk tempahan program?
Hubungi kami untuk semakan tarikh. Tempahan tarikh akan disahkan selepas pembayaran/deposit diterima.
10. Bolehkah saya memohon modul custom mengikut keperluan organisasi?
Boleh, kami sedia membina modul khas yang sesuai dengan objektif dan budaya kerja organisasi anda.
1. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk bantuan segera?
Hubungi admin di +60 19-338 8565 atau emel admin@ktas.my.
2. Adakah support tersedia semasa program berjalan?
Ya, pasukan teknikal dan urusetia KTAS sentiasa bersedia semasa program untuk membantu peserta.
3. Bagaimana dapatkan sokongan teknikal untuk program online?
Bantuan teknikal disediakan melalui WhatsApp, telefon atau sesi live support sepanjang program berlangsung.
4. Bolehkah saya dapatkan rekod kehadiran atau laporan selepas program?
Boleh, laporan kehadiran dan rekod prestasi peserta akan diberi kepada organisasi selepas program tamat.
5. Adakah KTAS membantu dalam permohonan HRDF?
Ya, kami akan bimbing dan bantu organisasi dalam proses permohonan HRDF.
6. Bolehkah saya mendapatkan konsultasi tambahan selepas tamat program?
Boleh, kami menyediakan khidmat konsultasi lanjutan dan after sales support.
7. Bagaimana untuk beri maklum balas atau cadangan penambahbaikan?
Maklum balas boleh dihantar melalui borang online atau terus emel/WhatsApp kami.
8. Bagaimana proses penukaran atau kemas kini maklumat peserta?
Sila maklumkan perubahan kepada admin sekurang-kurangnya 2 hari sebelum program.
9. Adakah bahan pembelajaran akan diberikan kepada peserta?
Ya, bahan pembelajaran digital atau bercetak akan diberikan mengikut modul.
10. Apa yang perlu dilakukan jika mengalami masalah akses ke sistem atau bahan?
Segera hubungi pasukan sokongan KTAS untuk bantuan pemulihan akses atau teknikal.
Jadilah yang pertama mengetahui program,
promosi dan artikel bermanfaat dari KTAS.
[mc4wp_form id=3101]
Get in touch
Call us directly?
+60 19-338 8565
Address
No 25, Persiaran 1, Taman Kulim Avenue Kulim Hitech, 09000 Kulim Kedah
admin@ktas.my
Popular subjects
- © 2025 KTAS Resources. Managed by Oasis Greener Sdn. Bhd. (773149-X)