Brand new Course Package released! Get 30% off your first purchase with code “KTAS Learning”. Find out more!

Portfolio & Pencapaian KTAS Resources

Lihat sebahagian program, seminar, dan latihan korporat yang telah kami jayakan bersama pelbagai organisasi & institusi.

Pengalaman luas

KTAS Resources berpengalaman luas menganjurkan seminar, bengkel dan latihan korporat di pelbagai agensi kerajaan, syarikat korporat dan institusi pendidikan di seluruh Malaysia.

Setiap program direka khusus untuk memenuhi keperluan organisasi – dari pengurusan emosi, kepimpinan, komunikasi hingga kesejahteraan mental staf.

Berikut adalah sebahagian daripada projek dan pencapaian yang telah kami realisasikan untuk klien-klien kami.

“ KTAS Resources telah berpeluang bekerjasama dengan pelbagai organisasi terkemuka dalam menganjurkan seminar, bengkel, dan program latihan korporat di seluruh Malaysia.”

Teaching Method

1. Sesi Interaktif & Praktikal

Setiap sesi direka secara interaktif, melibatkan perbincangan dua hala, aktiviti hands-on dan latihan simulasi agar peserta benar-benar faham dan mampu mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

Peserta akan menganalisa situasi sebenar dunia korporat dan organisasi, membincangkan cabaran serta mencari solusi secara berkumpulan berdasarkan pengalaman sebenar.
Melalui simulasi, peserta dapat mengaplikasikan kemahiran baru dalam suasana yang selamat, membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi.
Aktiviti berkumpulan membina kerjasama, kepimpinan dan semangat pasukan. Setiap kumpulan diberi tugasan yang mencabar untuk diselesaikan secara kolaboratif.
Setiap peserta atau kumpulan akan membentangkan hasil tugasan, idea atau dapatan – sekaligus melatih keberanian, kemahiran komunikasi dan penyampaian yang berkesan.

Impak Program KTAS

Impak Program kepada Peserta & Organisasi

Kebanyakan peserta program KTAS melaporkan perubahan positif dalam pengurusan emosi, komunikasi dan motivasi di tempat kerja. Maklum balas dari pengurusan juga menunjukkan peningkatan prestasi serta suasana kerja yang lebih harmoni.

Peningkatan Kompetensi & Keyakinan Staf

Peserta latihan KTAS menunjukkan peningkatan yang ketara dalam keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan daya tahan menghadapi tekanan kerja.

Hasil Pembelajaran & Transformasi

Sebahagian besar peserta berjaya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam tugasan harian, menghasilkan impak positif terhadap pencapaian individu dan organisasi.

Maklum Balas Klien & Peserta

Kami menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada klien dan peserta yang menyatakan program KTAS berkesan dalam membina pasukan yang lebih berdaya saing dan sejahtera.

Komitmen KTAS terhadap Pembangunan Ilmu & Amalan Terbaik

KTAS Resources sentiasa meneroka kaedah terbaru dan amalan terbaik dalam latihan korporat, psikologi organisasi dan pembangunan modal insan. Kami percaya kepada pembelajaran berterusan untuk memberi hasil terbaik kepada klien kami.

Jun 05, 2025

Kerjasama bersama KPJ Specialist Hospital Penang

Terima kasih kepada pihak pengurusan KPJ Specialist Hospital Penang atas jemputan untuk mengendalikan seminar Anger Managment pada pagi ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Insya-Allah ❤️